pagi2 ni terasa nak mencoretkan sesuatu yang menyentuh perasaan, berlaku tanggal 13.08.2009....
rasenya macam tak wajar untuk aku menyalahkan takdir, apetah lagi mempersoalkan qada' dan qadar allah swt....
khamis malam jumaat, indahnya menyambut penghulu segala hari. masjid hanya seperbatasan belakang rumah, menganjurkan "majlis bacaan yassin perdana"abg n mak bergegas untuk mengerjakan tuntutan agama sejurus sebelum maghrib menjelma.
aku? hmmmmmm bergegas jugak..... bergegas termenung depan tv.... ape alasan yang aku nak bagi ni bila mak ajak nanti? hadoiiiii, berdosakah aku menolak pelawaan mak ke rumah allah swt menunaikan solat, bacaan yassin, solat hajat dan sedikit penyampaian ilmu agama....
bukan menidakkan tuntutan agama, tapi sungguh sungguh aku tak kuat menghadap masyarakat...semuanya disebabkan 'zuriat', bukan mempersoalkan takdir sekali lagi, tapi aku manusia biase @ pun luar biase lemahnya aku ni. aku tak kuat untuk menepis pandangan sinis masyarakat, aku tak da jawapan untuk soalan sinis mereka ya allah....mereka yang bersusah payah membantu menguruskan majlis ku hampir 2tahun yang lepas....ampunkan hambamu ya allah....
menjelang azan maghrib, mak n abg melangkah ke masjid, aku? menunaikan solat dan bacaan yassin seorang diri. masa bacaan yassin, SUNGGUH, gugur air mata ini....sungguhhhhh.....
abg balik mendahului mak, abg mulalah cerita keindahan kunjungan abg ke masjid semalam....
abg kate mcm solat hari raya....mencecah ribuan umat muhamamd saw..... ya allah.... ruginya hambamu ini ya allah..... buat kesekian kalinya air mata ini tumpah...... tumpah dan tumpah ya allah..............