Thursday, September 3, 2009

gile lama tak update blog....

1st of all....salam merdeka n salam ramadhan kpd pembaca (ade ke pembace?? heheee)

hmmm tak da pape yang best untuk dikongsikan, semuanya berjalan macam biase, tak da yang luar biasa. sedar tak sedar dah 14 ramadhan, baru 4 hari dapat berpuasa, selebihnya terpaksa ditinggalkan atas alasan kenormalan seorang wanita yang tak 'termengandung' atau 'dimengandungkan'. weerrrrkkkk apa ayat ni?
**heheee saje nak share gambo time tecik2 duluuuuuu.........

Tuesday, August 25, 2009

Tugu...

COLLECTION HANTARAN DARI EN.SUAMI YANG MASIH TERSIMPAN RAPI.....

"BERSENDIKAN AL-QURAN * AS-SUNNAH"
Cinta yang kita ikrarkan 08.09.2000, telah kita satukan hati-hati kita pada 27.10.2007.
Tiada lain yang diri ini harapkan bila mendapat kawan, teman, sahabat, kekasih, pembimbing, semurni diri mu. Semoga ikatan suci ini membawa kita ke Syurga allah swt.
Alangkah indahnya kalau kita dikurniakan rezeki zuriat dalam waktu terdekat ni. Tak terbayang indahnya........


Thursday, August 13, 2009

heart feeling..... :(


pagi2 ni terasa nak mencoretkan sesuatu yang menyentuh perasaan, berlaku tanggal 13.08.2009....

rasenya macam tak wajar untuk aku menyalahkan takdir, apetah lagi mempersoalkan qada' dan qadar allah swt....


khamis malam jumaat, indahnya menyambut penghulu segala hari. masjid hanya seperbatasan belakang rumah, menganjurkan "majlis bacaan yassin perdana"abg n mak bergegas untuk mengerjakan tuntutan agama sejurus sebelum maghrib menjelma.

aku? hmmmmmm bergegas jugak..... bergegas termenung depan tv.... ape alasan yang aku nak bagi ni bila mak ajak nanti? hadoiiiii, berdosakah aku menolak pelawaan mak ke rumah allah swt menunaikan solat, bacaan yassin, solat hajat dan sedikit penyampaian ilmu agama....

bukan menidakkan tuntutan agama, tapi sungguh sungguh aku tak kuat menghadap masyarakat...semuanya disebabkan 'zuriat', bukan mempersoalkan takdir sekali lagi, tapi aku manusia biase @ pun luar biase lemahnya aku ni. aku tak kuat untuk menepis pandangan sinis masyarakat, aku tak da jawapan untuk soalan sinis mereka ya allah....mereka yang bersusah payah membantu menguruskan majlis ku hampir 2tahun yang lepas....ampunkan hambamu ya allah....

menjelang azan maghrib, mak n abg melangkah ke masjid, aku? menunaikan solat dan bacaan yassin seorang diri. masa bacaan yassin, SUNGGUH, gugur air mata ini....sungguhhhhh.....

abg balik mendahului mak, abg mulalah cerita keindahan kunjungan abg ke masjid semalam....

abg kate mcm solat hari raya....mencecah ribuan umat muhamamd saw..... ya allah.... ruginya hambamu ini ya allah..... buat kesekian kalinya air mata ini tumpah...... tumpah dan tumpah ya allah..............

Monday, August 10, 2009

My Soul Mate

Mr & Mrs Hermann....berpoya-poya dalam ketapi kanak-kanak kat Danga Bay.....tak tau nak post ape neh.... teramat la blurrrr.....sessi me'reka letak' rumah baru ini akan ku teruskan di masa dan waktu yang sesuai pada ketika lain.....tih tih tih..... :)

Majlis PERASMIAN

Dengan Lafaz .......

aku merasmikan "blog" ini bagi pihak diri sendiri.....


credit to : saifamieza.blogspot.com